izzah nazely

Pages

  • Home
  • nasihat
  • my friendsS
  • about me!! ^_^
  • album

Saturday, 31 December 2011

♥♥♥ iktibar~bertudung♥♥♥






Kisah yang akan diceritakan selepas ini mungkin hanya cerita dongengan bagi sesetengah insan, namun bagi sesetengah insan lain yang ingin mencari Islam sebenar, kisah yang akan diceritakan selepas ini Insya’Allah akan memberi sedikit inspirasi kepada mereka untuk membentuk diri dan juga keluarga kita agar melaksanakan satu perintah besar daripada Al-Khaliq berkenaan penjagaan aurat khususnya untuk muslimah sekalian dengan sempurna.
Kisah ini diceritakan daripada seorang sahabat.
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukum-Mu”.
Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Aliya, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita!
Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Aliya : Apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”
Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.

  creadit to~ hamba ALLAH
Posted by MiSs_Kanojo at 17:37 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

♥♥♥ i love this song♥♥♥




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku



4 you~cadbury :)
Posted by MiSs_Kanojo at 17:11 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 30 December 2011

♥♥♥ 8 perangai perempuan yang disukai lelaki♥♥♥

Okay, bagi perempuan2, mesti nak tau sangat kan? So... here it is...

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. 



creadit to ---->ayiq/aliff ^_^
Posted by MiSs_Kanojo at 18:50 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: nasihat

♥♥♥contoh surat cinta ayat power ♥♥♥

PUTUS CINTA? Meh baca surat nih. XD XD hihihi.



Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.

Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu.. 
Posted by MiSs_Kanojo at 18:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: nasihat

Wednesday, 21 December 2011

♥♥♥miss you so much♥♥♥

mood minggu nie sedeyh,bosan,sensitif,cengeng,kuat ngajok ,omsick!
tibe tibe rase winduu sangat2 kat papa!!nak peluk cium papa.tpi apekan daye,izzah mampu doakan kesejahteraan papa kat sane!!
papa tunggu izzah tau!taun depan izzah nak PMR,izzah takot ar papa..kalo dulu,papa selalu bagi semangat kat izzah,skunk,izzah hanye harapkan doa seorang ayah untuk anaknye..izzah windu nak dengar papa panggil izzah suruh urutkan tangan papa,maen rambot papa,ikot papa masok hutan(ramai x caye an?)izzah tak bole luahkan kat spe2 selain Allah dan menaip atau menulis.
setiap kali balik,izzah mesti tebayangkan dakapan papa menunggu kepulangan izzah balik dari asrama..tapi sume tu takkan jadi,izzah redha.
papa,izzah selalu winduu kat papa,kalo izzah rinduu sangat2 mesti izzah demam2,omsick,macam2..kat asrama selalu je demam.cian kawan-kawan izzah~ naurah,yana,cuna,aflah..asyik demam je..mama ngan kaklong pown wisau.hermmm..papa doakan izzah tau!
banyak cobaan hidop kat dunie nie.salah satunye kehilangan orang yang kite sayang sangat2.
kepade kawan2 yang masih mempunyai papa,ayah,bapak,or what..sayangilah diorang,jangan dah kehilangan baru nak menyesal..time tu dah x boleyh nak wat pape tau!!
saye sensetif kalo orang sebut2 pasal ayah tapi saye time je..sye seda laa spe sye :)
tapi jangan ar saje2 nak wat sye terase,sye pon ade hati n perasaan.
tapi saye tabik same kamu dhilah..awak selalu mintak maap kat saye kalo awak story pasal ayah awak!!awak nak tau??saye xkesah..sebab ayat awak sangat sopan n sye xterase pown :)
#contohilah dye !!sayang awak .


Posted by MiSs_Kanojo at 20:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 7 December 2011

janji


Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelakan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ?

Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman ? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka?

  
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkir janji !!! (sila lihat ayat 75-77 Surah At-Taubah sebagai contoh).

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan. Manusia sering mungkir janji, malah seolah-olah menjadikannya sebagai habit sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.

Apakah janji Allah dan RasulNya ? Sesungguhnya janji Allah dan RasulNya terlalu banyak....adalah terlalu mustahil untuk dicatatkan kesemuanya. Di sini hanya dijelaskan beberapa janji tersebut sebagai renungan kita bersama.

Sebagaimana yang kita ketahui, Islam asalnya agama terpencil dan lemah. Kerdil di tengah-tengah keperkasan agama berhala ciptaan manusia, ditindas oleh keangkuhan generasi jahiliyyah, lemas di bawah siksaan dan tekanan masyarakat Quraisy.  Dalam keadaan inilah,  Allah dan RasulNya menjanjikan ketinggian martabat dan kemuliaan maruah di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah dengan syarat yakin sepenuh hati dan mengamalkan ajaran Islam dengan ikhlas. Janji Allah dan RasulNya benar-benar terjadi. Umat Islam yang benar-benar ikhlas dan patuh bukan sahaja berjaya menyebarkan panji-panji Allah bahkan mereka menjadi masyarakat yang mulia, digeruni dan dihormati di seluruh dunia.

Dalam perang Badar misalnya, bagaiamana jumlah tentera yang hanya 313 orang dapat mengalahkan 1000 orang walaupun tanpa kelengkapan yang perang yang sempurna ! Senjata mereka hanyalah iman yang tidak berbelah-bahagi kepada Allah. Semua ini tidak mustahil asalkan ada pertolongan Allah. Ini janji Allah dan RasulNya.

Benarlah firman Allah dalam kitabnya :

"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"

Ketika Allah memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah, orang kafir dan munafiq telah menghasut orang Islam supaya tidak berhijrah meningalkan harta, saudara, rakan dan kampung halaman. Menurut mereka, adalah satu tindakan bodoh meninggalkan harta dan kesenangan di Makkah dan memilih  menjadi susah dan miskin di Madinah. Namun   Allah dan RasulNya menjanjikan rezeki dan kehidupan yang lebih sempurna kepada mereka yang berhijrah.

Firman Allah SWT :"Orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang membantu, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang melimpah ruah" At-Taubah :20

Janji Allah dan RasulNya memang benar-benar tepat. Sampai saja mereka di Madinah, mereka diberikan keistimewaan-keistimewaan yang tidak diduga. Diberikan harta, dihadiahkan isteri, dipinjamkan modal, dilayan seperti menteri, dijadikan rakan koprat dan dibantu serba-serbi. Saidina Abdul Rahman Bin Auf menjadi jutawan selepas berhijrah ke Madinah, hamba menjadi merdeka, golongan fakir semakin berkurangan dan hidup mereka aman damai, tiada siksaan  tiada penindasan. Inilah janji Allah dan RasulNya,    janji yang pasti !!!

Ketika dalam perjalanan hijrah, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar telah berjaya dikesan oleh salah seorang panglima Quraisy yang bernama Suraqah b. Malik. Pihak Quraisy menghadiah ribuan ekor unta kepada mereka yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah. Ketika beliau menghampiri Rasulullah SAW dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Rasulullah, tetapi keadaan yang sama telah belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali keadaan yang sama tetap berlaku.

Lalu Rasulullah mendakwahnya  dengan Islam. Baginda berjanji menghadiahkannya  dengan gelang kebesaran kerajaan Parsi jika Suraqah masuk Islam.Bayangkan pada masa itu baginda baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia ! Perbezaannya seperti  langit dengan bumi. Tetapi Rasulullah tetap yakin dengan masa depan Islam bahawa Islam akan berkuasa, maka beliau berani menjanjikannya kepada Suraqah.

Janji Rasulullah SAW memang benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar dengan linangan airmata kegembiraan dan tanda terharu betapa benarnya janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah b Malik sambil berkata :

"Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik". 
  
 Seterusnya Rasulullah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai     Istanbul di Turki). Konstantinople adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah. Sesiapa yang menguasainya bermakna menguasai Asia dan Eropah sekaligus. Baginda juga memberi pengiktirafan kepada tentera yang berjaya menawannya sebagai tentera  terbaik dan pemimpinnya merupakan pemimpin yang terbaik. Janji Rasulullah SAW tidak pernah dimungkiri, semuanya tetap berlaku. Sultan Muhammad Al-Fatih telah berjaya menawan Konstantinople dan sekaligus merancakkan lagi penyebaran agama Islam ke benua Eropah.

Jelas, janji-janji Allah dan Rasulnya memang tepat dan dikotakan. Sesungguhnya di sana terdapat janji Allah yang lebih besar dan penting kepada kehidupan insan. Janji yang pasti !!! Allah dan RasulNya telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang gemilang bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kehidupan yang sukar di qubur dan neraka bagi mereka yang ingkar. 


Apakah tindakan kita ke arah itu ? Percayakah kita kepada janji Allah tersebut ? Buktikannya dengan teori dan praktikal !!!


Kenapakah kita terlalu kedekut untuk membeli pahala yang dijanjikan oleh Allah ? Apakah kita 'segan' untuk mendiami Syurga Allah  ? atau lebih selesa tinggal di neraka ? Kita suka kubur yang luaskah atau yang sempit ?
Posted by MiSs_Kanojo at 19:47 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: motivasi

Monday, 5 December 2011

~doa hambamu~


I am always fascinated and like the doa which we recite during duduk antara dua sujud. Sometimes I recite the doa lepas solat pun…the meaning is beautiful and menyeluruh to me. Got this article which describe the doa in detail and I would like to share and keep this so I could refer to it anytime. Here it goes…

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud 

Dalam tidak sedar.Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..


Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku),Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa’nii (angkatlah darjatku)




Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa’Aafinii (sihatkan aku)


Wa’fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu. 

Posted by MiSs_Kanojo at 22:04 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: motivasi

♥ ♥ ♥hati yang tenang♥ ♥ ♥



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

dingin pagi menghembus bayu
tiupan angin menyegar alam
keindahan ciptaan Nya menyentuh qalbu
menyaksikan putaran bumi pada paksinya
tiada tergelincir dan tiada pula tersasar 
perhitungan Allah dzat yang berkuasa

namun,
bagaimana mungkin akal yang dengkil
menyangkal kebesaran 
merosakan alam 
dek tangan-tangan penuh khianat
tanpa segan bicara bongkak
akhirnya Tuhan berikan pengajaran

(heheheh,
bukan untuk dijual dan bukan untuk dibeli..
klu tak faham, faham-fahamkan..)

Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata..

tenang..
boleh diertikan juga bahagia ataupun sejahtera
namun difinisi tenang ini bagi kebanyakkan manusia membawa berbagai bagai makna tertentu dan tersendiri..
bagi si kaya, mencari harta kekayaan, mengejar kemewahan menjadi faktor kepada erti ketengan
si miskin pula bukan mencari harta sebagai matlamat namun perut yang kosong perlu diisi dengan rezki yang tak seberapa akan membuat hati tenang..

namun, bila harta si kaya berkurangan, maka kegelisahan melanda..
hari ini si miskin telah makan namun gundah mengacau jiwa mengenangkan rezki untuk esok hari..

begitulah putaran kehidupan manusia yang menafsirkan ketenangan namun erti itu tidak lengkap..
bagaimana pula dengan orang yang hidup sederhana??
baginya, "aku bukan lah miskin sangat dan bukan lah kaya sangat.. cukup-cukup makan.."
sesetengahnya pula mengandaikan bahawa tiada keadilan pun dalam dunia ini bagi dirinya..
dimanakah ukuran ketenangan ini sepatutnya dirasai oleh semua insan??
si kaya mahupun si miskin tetap sukar untuk menikmatinya..

ramai orang tersalah faham erti tenang yang sebenarnya..
walaupun si kaya di rumah nya ketika makan, makanan nya indah lagi sedap..
hidangan lauk pauk berbagai bagai yang hebat.. tetapi Allah telah masamkan lidahnya dari keenakan hidangan tersebut..
mungkin si miskin ini makanannya hanya satu dua mata lauk sahaja untuk dijamu namun lebih enak dan nikmat rasanya kerana ada nilai kesyukuran atas rezki Allah berikan..
walaupun si kaya memiliki bilik yang cantik dan katil yang empuk tetapi tidurnya tidak nyenyak dan tidak selesa..
adapun si miskin di pondok buruk tanpa bilik berbantalkan lengan, namun tidurnya lebih lena dan nyenyak kerana nikmat syukur..
sebagai seorang hamba Allah yang hina, 
tiada yang lebih membuatkan hati merasa tenang melainkan dengan mengingati Allah Azzawajal

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13:28) 

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al-Fat-h 48:4)

inilah makna ketenangan yang abadi dan hakiki..
faktor ketenangan hati hendaklah berteraskan kepada keimanan kepada ALLAH swt..
mengingati Allah akan membuatkan hati sentiasa lapang dari sesuatu yang menyebabkan hidup insan dalam kekeliruan..

Ya Allah, Tuhan kepada seluruh semesta alam..
Engkau berikanlah ketenangan ke dalam jiwa ku daripada kegelisahan dan gangguan..
jauhkan dan selamatkan aku dari bisikan syaitan

Wahai Tuhan yang membolak balikan hati ini,
berikanlah petunjuk dan hidayah Mu 
agar aku sentiasa berada di jalan Mu yang benar, jalan yang Engkau redhai
dan jangan lah Engkau gusarkan hati ku atas ujian yang Engkau berikan..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
hilangkan dukacita gantikan dengan sukacita
lenyapkan keresahan dan tukarlah dengan kedamaian
Engkau tukarkan kebingungan dengan kelapangan dada..
hanya kepada engkau sahaja aku menyembah 
dan hanya kepada engkau sahaja aku memohon pertolongan

bantu lah aku Ya Allah dalam menghadapi dugaan Mu
brikan keyakinan dalam jiwa ku dan berikan kekuatan kepada ku
untuk aku lebih bertaqwa dan beriman kepada Mu

aku berlindung kepada Mu dari segala kejahatan dan kecelakaan
dan akau tidak meminta pertolongan selain daripada Engkau Ya Allah..
kerana hanya kepada Engkaulah sebaik baik tempat aku serahkan urusan..
Amin..

berdoalah wahai insan.. berdoalah ketika pagi mu mahupun malam yang menjelma..
Allah maha mendengar dan memakbulkan doa hamba-hambanya nya yang ikhlas..
Insya'allahu taala.. Allah akan memberikan ketenangan itu tanpa di sedari..

dewasa ini, kita hanya meletakkan Allah secara tidak menetu dalam hati kita..
dikala suka kita lupa pada Nya, dikala ketawa pun kita terus lupa pada Nya..
ketika bahagia kita lupa kepada dzat yang telah mengurniakan bahagia itu
dan ketika bergembira, Allah terus tiada di hati kita..
Namun wahai insan..
Allah tidak lupa pada kita walaupun sekelip mata kita..
dikala susah kita cari Allah,
ketika gelisah, dukacita dan sengsara kita doa macam-macam
kita simpan Allah dalam hati pada ketika kesempitan..
Namun Allah tetap tidak lupa pada doa kita..
hari ini, telah Allah keluarkan kita daripada kedukaan dan kesusahan itu
Allah letak kita pada darjat yang mulia 
dan Allah tetap memberikan rahmat Nya kepada kita..

seterunya, insan ini lupa..
kita lupa untuk mengucapkan syukur ke atas nikmat-nikmat yang telah Allah berikan
kita lebih suka menyebut, "nasib baik kau tolong aku" atau "dah takdir.. nak buat macam mana.. kita sabar jelah.."
ungkapan yang tidak disulami perasaan ikhlas semata-mata kepada Allah
Maha Suci Allah yang telah mengurniakan berbagai-bagai nikmat ke atas ku..
aku bersyukur kepada Mu Ya Allah..

kata Hamka,
"Apa yang ada pada kita hari ini adalah harapan kita.."

ketenangan adalah satu bentu kurniaan daripada Allah
Sakinah.. maka kita berdoa untuk mendapatkan ketengan ini..
zikrullah akan lebih mendekatkan kita kepada Nya 
berselawat ke atas Nabi Muhammad sebagai tanda cinta kepada baginda
nescaya kita akan rasa kebahagiaan nya..


wallahu 'ala 'alam

Posted by MiSs_Kanojo at 15:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: motivasi

♥ ♥ ♥ sabar n bersyukur ♥ ♥ ♥


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Syukur Alhamdulillah kita rafa'kan kepada Allah swt atas segala nikmat Nya,
ketika jaga dari lena, syukur pertama adalah Alhamdulillah
Ya Allah, Engkau masih sedekahkan nyawa ini kepada jasad ini untuk terus hidup hari ini,
hingga Engkau menariknya semula..
kemudian kita meneruskan aktiviti harian seperti kebiasaan.. 
inilah putaran hidup yang dilalui insan
sama ada sedar ataupun tidak,
segalanya adalah nikmat kurniaan..

Ya Allah, Engkau kehendaki daku dalam apa jua keadaan pasti berlaku,
kerana Engkau berkuasa atas segala sesuatu yang Engkau kehendaki..

sifat sabar jika diertikan dari pelbagai sudut atau persepsi amatlah banyak..
sabar mengikut etimologi bermaksud menahan atau mengekang..
banyak nas dalam quran dan hadis yang menyebut tentang sabar..
antaranya adalah yang bermaksud;

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Al-Kahfi 18 : 28)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li'Imraan 3:200)


dan hadis Nabi saw


Dari Suhaib ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)


Dari Anas bin Malik ra, bahwa suatu ketika Rasulullah SAW melewati seorang wanita yang sedang menangis di dekat sebuah kuburan. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, ‘Bertakwalah kepada Allah, dan bersabarlah.’ Wanita tersebut menjawab, ‘Menjauhlah dariku, karena sesungguhnya engkau tidak mengetahui dan tidak bisa merasakan musibah yang menimpaku.’ Kemudian diberitahukan kepada wanita tersebut, bahwa orang yang menegurnya tadi adalah Rasulullah SAW. Lalu ia mendatangi pintu Rasulullah SAW dan ia tidak mendapatkan penjaganya. Kemudian ia berkata kepada Rasulullah SAW, ‘(maaf) aku tadi tidak mengetahui engkau wahai Rasulullah SAW.’ Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya sabar itu terdapat pada hentakan pertama.’ (HR. Bukhari Muslim)



syukur pula boleh diertikan dengan 
memuji di atas kurniaan nikmat dan kebaikan yang diberikan oleh Allah..
syukur sangat luas penafsirannya
nikmat mata, kaki, tangan, telinga dan sebagainya pada tubuh kita
itulah nikmat dan kebaikan yang amatlah besar telah Allah berikan..
bertapa ramai insan seperti kita yang hilang atau tiada nikmat kaki
tiada nikmat melihat mahupun bercakap..
kita selalu lupa.. lupa untuk bersyuku atas nikmat kaki yang kita pijak hari hari..
tp mula sedar bila Allah tarik balik nikmat ini
"Ya Allah, Engkau bagi balik kaki aku Ya Allah.."

sabda Nabi

”Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia
terpedaya (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala), yaitu kesehatan dan
waktu luang.” (HR Bukhari).


bermaksud, adapun nikmat besar pada diri kita yang Allah berikan
nikmat kesihatan dan masa lapang juga kebaikan yang Allah beri..
namun sejauhmana kia manfaatkan nikmat nikmat ini
untuk kita ingat Allah..
masa itu emas, adalah perumpaan orang melayu
tetapi jika dihurai secara dalam dikait dengan syukur
kita sangatlah lalai..

”Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS Ibrahim [14]:7)

begitu tinggi nilainya apabila sabar ini dapat disulami dengan sifat syukur..
ramai daripada kita hari ini hanya mampu bersabar dalam banyak hal
tapi tiada pun nilai syukur dalam hal tersebut..
kita sering mengharapkan sesuatu untuk diri kita tetapi kita lupa dengan apa yang ada..
kita mudah mengeluh apabila tidak mendapat sesuatu yang dihajati 
namun masih ada kesabaran dalam diri
tetapi adakah kita bersyukur waktu itu???
mungkin ada tapi jarang.. teramat jarang..

kebanyakkan sarjana ilmu menyifatkan bahawa
Maqam syukur lebih tinggi nilainya daripada sabar..
keadaan apabila mendapat sesuatu yang dimahukan menunjukkan satu perasaan gembira
dan dilahirkan kepada perbuatan..
maka sudah barang tentu kita akan mengucapkan Alhamdulillah..
tetapi ketika tidak mendapat sesuati yang dihajati itu
lebih mudah untuk menyalahkan Allah pada hakikat sebenarnya..
ini kerana segala kurniaan adalah daripada Allah..

kita renungkan kepada diri kita..
apa yang ada sudah menjadi harapan kepada kita..
Allah sekali kali tidak membiarkan hamba Nya
Allah maha pemberi rezki dalam berbagai bagai bentuk..
mungkin kita pernah berdoa kepada Allah 10 tahun lalu
kita minta tubuh sehat, rezki murah, dan bermacam macam
dan kita memperolehi semua itu pada hari ini..
Allah tidak lupa atas doa itu yang kita sendiri telah lupa..
kita terlalu lupa untuk berterima kasih pada Allah
kita lupa mengucapkan syukur..

"Ini adalah anugerah Allah. Dia bermaksud mengujiku, adakah aku bersyukur ataukah aku kufur." (QS An-Naml: 40)

Allah..
tidak takutkah kita apabila Allah menarik nikmat dari apa yang diberikan Nya..
atau kita semakin kufur atas segala nikmat Nya??

Ya Allah,
aku berlindung dengan redha Mu daripada marah Mu
aku berlindung dengan kemaafan keafiatan daripada hukuman Mu
aku berlindung dengan buru tindakan Mu
tidaklah dapat aku menghitung pujian kepada Mu wahai Tuhan
Engkau itu, sepertimana yang Engkau puji diri Mu..

maka wahai saudara ku,
cari lah jalan yang baik lagi diredhai untuk kita memanjat kesyukuran kepada Allah
dari setiap segala yang kita ada pada hari ini..
gaji, pangkat, darjat, kekayaan mahupun kemiskinan
kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik bagi hamba Nya..

Lihat lah dunia ini dari dimensi akhirat..
tiada sesuatu pun di dalam dunia ini adalah satu kebetulan..
segala galanyatelah Allah susun dan tentukan bagi setiap makhluk
teramatlah indah dan cantik

renung renungkan lah..

Posted by MiSs_Kanojo at 14:49 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: motivasi
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

senyum :)

!♥♥intan payung♥♥!

♥♥♥Impianku♥♥♥

♥11A+ SPM♥
♥mp3♥
♥new phone♥
♥mr red♥
♥laptop pink♥
♥headphone pink♥
♥camera♥

beg sandang sye!!

beg story

  • ▼  2011 (30)
    • ►  November (11)
    • ▼  December (19)
      • love islam love Allah
      • badly broken english~lawak~
      • org kaya n pemandunye :) ~kisah lwak!!
      • kelebihan solat berjemaah~
      • sejarah hari NUZUL AL ~QURAN
      • borink~heehee~
      • doaku
      • ♥ ♥ ♥ ♥ kata-kata ♥ ♥ ♥ ♥
      • ♥ ♥ ♥ ♥ manusia ooh manusia ♥ ♥ ♥ ♥
      • ♥ ♥ ♥ tentang hati+cinta ♥ ♥ ♥
      • ♥ ♥ ♥ sabar n bersyukur ♥ ♥ ♥
      • ♥ ♥ ♥hati yang tenang♥ ♥ ♥
      • ~doa hambamu~
      • janji
      • ♥♥♥miss you so much♥♥♥
      • ♥♥♥contoh surat cinta ayat power ♥♥♥
      • ♥♥♥ 8 perangai perempuan yang disukai lelaki♥♥♥
      • ♥♥♥ i love this song♥♥♥
      • ♥♥♥ iktibar~bertudung♥♥♥
  • ►  2012 (16)
    • ►  January (3)
    • ►  February (4)
    • ►  March (2)
    • ►  April (2)
    • ►  May (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  February (1)
    • ►  March (1)
    • ►  June (5)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
    • ►  November (2)
  • ►  2014 (2)
    • ►  March (2)

♥this is me♥

i'm izzah nazely!
<
student of sbp integrasi jempol !
♥Love pink♥
♥sweet seventeen♥
♥SPM Candidates 2014♥

♥StOryMoRy♥

(
)

♥♥my quotes♥♥

"I miss you when something really good happens, because you are the one I want to share it with. I miss you when something is troubling me, because you are the one who understands me so well. I miss you when I laugh and cry because i know that you are the one that makes my laughter grow and my tears disappear. I miss you all the time, but I miss you most when i lay awake at night and think of all the wonderful times we spent with each other; for those were some of the best times of my life."
MiSs_QueRida. Powered by Blogger.
♥♥♥KENANGKU DALAM DOAMU♥♥♥